Berikut adalah beberapa terma yang perlu diikuti sepanjang penginapan di Homestay d'MITC.
- Bayaran penuh perlu dibuat semasa penyerahan kunci.
- Homestay d'MITC menyediakan resit penginapan mengikut permintaan.
- Untuk  kemudahan dan keselesaan tetamu, pihak Homestay de’MITC telah  menyediakan peralatan-peralatan asas untuk digunakan sepanjang  penginapan di sini. Oleh itu, tetamu-tetamu diminta untuk mematuhi  beberapa peraturan berikut bagi memastikan kami dapat memberikan  perkhidmatan terbaik sepanjang masa. 
 
 - Sila gunakan peralatan yang disediakan dengan baik.
- Anda tidak dibenarkan membawa keluar peralatan yang disediakan dan sekiranya berlaku, pihak Homestay berhak untuk mendapatkan gantirugi mengikut harga yang terdapat dalam senarai inventori.
- Pihak Homestay juga berhak untuk mendapatkan gantirugi bagi sebarang kerosakan yang disebabkan kecuaian tetamu semasa menginap.
 
















