Wednesday, 18 September 2019

SELAMAT DATANG KE HOMESTAY DE'MITC

Homestay de'MITC yang terletak beberapa minit dari Tol Ayer Keroh ini diilhamkan khusus untuk pelanggan-pelanggan yang mementingkan ciri-ciri ekslusif setanding penginapan di hotel namun pada harga yang berpatutan. Homestay ini adalah hasil transformasi daripada sebuah rumah teres 1 tingkat dengan 3 bilik yang terletak di lokasi strategik di persekitaran Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan kawasan pembangunan pelancongan Ayer Keroh seperti seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia, Taman Mini Asean, Taman Rama-Rama, Taman Botanikal, Taman Seribu Bunga dan lain-lain. Ia juga berdekatan dengan pusat membeli-belah seperti Mydin Hyper Market, Kota Fesyen, Jaya Jusco dan Melaka Mall.   Halaman depan Bilik...

Tuesday, 13 September 2011

TAMAN SERIBU BUNGA

Taman Seribu Bunga adalah sebuah taman istimewa dengan ribuan bunga tersebar di kawasan 5.3 hektar taman yang indah dilengkapi dengan trek berjalan dan air pancut. Taman ini bersebelahan dengan kompleks kerajaan iaitu Seri Negeri. Masuk adalah percuma. Taman ini juga sesuai untuk berjalan-jalan dengan tenang dan banyak bangku disediakan untuk pengunjung berehat sambil menikmati keindahan alam...

Tasik Ayer Keroh

Taman Rekreasi Air yang terletak di Tasik Ayer Keroh adalah sebuah tempat yang menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi. Antara nya canoe , paddle boat, boat cruise sekitar tasik , berbasikal, wall climbing dan sebagai nya. Untuk anak-anak, terdapat padang permainan di sekitar tasik ini . Untuk boat cruise , harga tiket adalah RM3 per person.Bagi berbasikal pula, harga tiket adalah RM3 per person juga. Boleh juga berkelah bawa makanan dan santai di bawah pokok-pokok tapi jangan lupa kemas. Memang tenang  berehat di sini sambil melihat pemandangan tasik...

Taman Tema Air Melaka Wonderland

Melaka Wonderland Theme Park & Resort terletak berdekatan dengan Kampung Buku Malaysia Melaka dan kini merupakan taman tema air yang terkenal di Melaka. Selain daripada gambar air, gelombang kolam dan rides, ciri Tornado Chaser yang menarik telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung. Taman tema ini mempunyai keluasan sebanyak 360 hektar dan terletak bersebelahan dengan Taman Botanikal Melak...

Page 1 of 3123Next

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by bundlebook2u